Artikel

Dr Bubbles Si Badut Hiburkan Pengunjung di Booth PTS

oleh Roziyah pada 20 Dec 2010

Dr Bubbles berbesar hati datang menjalankan tugas bagi menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga yang datang di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PWTC) ini.

Dr Bubbles merupakan badut yang menjalankan tugas merawat masyarakat dengan hiburannya yang unik dan tersendiri.

Bagi mereka yang ingin melihat kehebatan dan telatah Dr Bubble yang menghiburkan ini, sertai beliau di booth PTS pada PBKKL kali ini.

Beliau yang hadir pada hari Ahad, 26 Disember 2010 bermula dari jam 4 petang hingga jam 6 petang akan membawakan persambahan yang unik serta berbeza daripada badut-badut biasa.

Dr Bubbles tidak menyediakan sebaran belon atau hadiah dalam persembahannya. Namun, beliau pastinya akan berkongsi ilmu kemahiran yang unik dengan para pengunjung booth PTS.

Falsafah clowning DR Bubble apabila memberi belon, belon akan dibuang; jika memberi ilmu, ia boleh dikongsikan.

Temui si badut DR Bubble pada 26 Disember dari jam 4 hingga 6 petang di booth PTS pada PBKKL ini bagi berkongsi ilmu menarik dan istimewa daripada beliau.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025