Artikel

PTS Litera Utama Hidang Pelbagai Aktiviti Buat Peminat

oleh Roziyah pada 20 Dec 2010

Menghampiri Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PWTC) 2010 yang menemui peminat buku tempatan minggu ini, PTS Litera Utama menghidangkan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan PBKKL ini. 

Bagi peminat Lily Haslina dan Rose Harissa, tuan dan puan dapat bertemu penulis novel remaja ini di booth PTS pada 23 Disember 2010 dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Selain mendapatkan tandatangan penulis besar ini, peminat juga juga dapat beramah mesra bersama Lily Haslina Nasir dan Rose Harissa. 

Lebih mengujakan apabila PTS menjemput Tuan Bahruddin Bekri dan Tuan Aliff Firdaus bagi bertemu dengan peminat novel remaja. Temui dua penulis hebat ini pada 25 Disember 2010 ini. 

Selain itu, PTS Litera Utama juga membawakan penulis novel  sejarah nombor satu Malaysia, Tuan Abdul Latip Talip khas bagi bertemu dengan peminat-peminat novel sejarah Islam. Tuan dan puan dijemput bertemu dengan Tuan Abdul Latip pada 26 Disember ini dari jam 2 hingga jam 4 petang. 

Meriahkan PBKKL yang memberi kemeriahan kepada pembaca cilik juga seisi keluarga. Bawa seluruh ahli keluarga memeriahkan PBKKL pada 22 hingga 26 Disember 2010 ini di PWTC, Kuala Lumpur.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025