Artikel
Dr Danial di Kuantan
oleh Helmi pada 17 Oct 2005
Dalam sesi wacana ini Dr Danial membicarakan berkenaan tip-tip kecemerlangan diri yang disesuaikan dari buku beliau ‘7 Formula Individu Cemerlang’ yang mendapat sambutan hangat dipasaran.
Sesi ini turut dianjurkan dengan kerjasama PTS dan Danial Zainal Consultancy (DZC) atas jemputan PPAP.
Kira-kira 100 orang kakitangan awam dari pelbagai jabatan dan kementerian membanjiri Auditorium Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang. Beberaqpa orang pegawai kanan kerajaan termasuk Pemangku Pengarah PPAP, Hjh Faridzah Jaafar.
Program wacana ini berlangsung selama sejam lebih ini di akhiri dengan sesi soal jawab dan jamuan ringan.
Para pengunjung juga turut menyerbu gerai buku yang dikendalikan oleh pihak DZC untuk membeli buku-buku tulisan Dr Danial.