Artikel

Duit Raya PTS Buat Pemenang Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan 2010

oleh Roziyah pada 19 Aug 2010

Berita gembira kepada semua peserta kuiz Baca@Ramadan yang telah diadakan di Facebook bermula dari 4 Jun hingga 30 julai lalu.

Soalan kuiz telah disiarkan dalam facebook PTS bagi menyemarakkan kempen Baca@Ramadan PTS.

Kuiz yang dianjurkan oleh Jabatan Pemasaran, PTS selesai memilih pemenang berdasarkan jawapan yang betul dan slogan yang terbaik. Pemenang-pemenang bakal menerima duit raya PTS anjuran Jabatan Pemasaran ini.

Tempat pertama dimenangi oleh Cikpuan Alia Najihah Binti Mohd Rosli yang berasal dari Alor Setar Kedah. Melalui slogan ‘Saya seronok membaca buku PTS pada bulan Ramadan kerana dapat mengisi masa lapang dengan bahan bacaan berfaedah ketika menunggu waktu berbuka dan selepas bersahur’ melayakkan beliau memenangi duit raya PTS bernilai RM200 dan sebuah buku.

Tempat kedua dimenangi cikpuan Fatin Mardhiah Binti Ahmad Ramli dari Tangkak Johor melalui slogan ‘Saya seronok membaca buku PTS pada bulan Ramadan kerana pengisiannya yang holistik dari pelbagai aspek kehidupan dapat menambah pengetahuan dan tidak melalaikan pembaca.’ Beliau menerima duit raya PTS bernilai RM150 dan sebuah buku.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh cikpuan Farah Shameela Binti Hassan dari Banting Selangor. Melalui slogan ‘Saya seronok membaca buku PTS pada bulan Ramadan kerana saya dapat menambah ilmu dari aspek kerohanian dan merehatkan minda setelah penat menelaah pelajaran’ telah melayakkan beliau memenangi hadiah PTS bernilai RM100 dan sebuah buku.

Duit raya RM30  diberikan kepada 20 pemenang hadiah saguhati kuiz terkumpul Baca@Ramadan ini. Berikut merupakan pemenang saguhati bagi kuiz ini:

Nawal binti Mohd Marop, dari Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Nor Aminah binti Mohd Shafie, dari Batu Caves, Selangor.

Norsuhaila binti Mahdi, dari Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Ahmad Shahrim bin Haji Abd Rashid, dari Kajang, Selangor.

Noor Ferooza binti Hairi, dari Kluang Johor.

Noor Hafeeza binti Hairi, dari Kluang Johor.

Alia Izzati binti Hassan, Banting Selangor.

Hazida binti Abdul Razak, Skudai Johor.

Azzah Abdul Rahman, Seremban Negeri Sembilan.

PTS mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan peserta Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan PTS.

Hadiah-hadiah berupa buku dan cek akan dipos kepada pemenang-pemenang tidak lama lagi.

Jabatan pemasaran, PTS memohon kemaafan sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan sepanjang Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan PTS ini berlangsung. Sehingga kita bertemu lagi pada bulan Ramadan yang akan datang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024