Artikel

Dunia Gadis Berhijab : Miss Shawlista

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 28 Aug 2014

Miss Shawlista mengisahkan gadis bernama Syaf yang tidak bertudung tetapi berminat dengan fesyen hijab. Syaf gemar berfesyen dan mempunyai koleksi tudung dan selendang yang banyak.

Akibat pernah berebut tudung di dalam sebuah butik dengan seorang gadis bernama Dania, Dania menyimpan dendam terhadap Syaf. Syaf dan Dania menyertai pertandingan Hijabista. Dania yang menyimpan perasaan dendam kepada Syaf telah melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Syaf semasa hari pertandingan. 

Apakah yang terjadi kepada Syaf dan koleksi tudung serta selendangnya? Adakah pintu hati Syaf terbuka untuk kekal bertudung selepas kejadian yang menimpanya? Dapatkan novel Miss Shawlista untuk mengeahui kesinambungan kisah Syaf di kedai buku berhampiran anda atau secara online di www.bookcafe.com.my.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024