Artikel

Editor PTS Dilatih Hasil Buku Kanak-Kanak Terbaik

oleh Roziyah pada 01 Sep 2010

Sebahagian editor PTS yang menguruskan penghasilan buku kanak-kanak dilatih melalui bengkel yang dianjurkan oleh pihak pengurusan PTS.

Bengkel yang dikendalikan oleh Penasihat Bahasa PTS, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan ini memberi maklumat cara menghasilkan buku kanak-kanak yang memberi manfaat jangka panjang kepada pembaca sasarannya.

Menurut Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, pembelajaran yang disogokkan sejak kecil mempengaruhi masa depan anak-anak dewasa kelak.

“Bahasa yang dizahirkan perlu dijaga kerana ia akan menjadi input kepada kanak-kanak,” jelas Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dalam bengkel tersebut.

Beliau menjelaskan yang PTS sebagai sebuah syarikat penerbitan perlu menerbitkan buku-buku yang mempunyai bahasa yang tinggi kerana bahasa mempunyai budayanya yang tersendiri.

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan berkata penggunaan bahasa yang tinggi dan baik pasti menjadi input yang bernilai kepada kanak-kanak.

“Kita perlu menjaga bahasa yang digunakan sama ada lisan atau tulisan keran ia akan menjadi input kepada kanak-kanak,” jelas beliau lanjut.

Bengkel yang diberikan ini menjadi landasan bernilai kepada editor-editor PTS dalam menerbitkan buku-buku yang memberi input kepada pembaca khususnya kanak-kanak.

PTS yang mengamalkan Bahasa Melayu Tinggi dalam setiap buku terbitannya sentiasa memberi latihan kepada editor agar kualiti buku terbitan PTS sentiasa terjaga. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024