Artikel

PTS Lancar E-Kad Raya PTS 2010

oleh Roziyah pada 01 Sep 2010

Sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, PTS berbesar hati melancarkan E-Kad Raya PTS 2010 khas buat penyokong-penyokong PTS selama ini.

E-kad Raya PTS 2010 yang menggunakan online lebih memudahkan penulis, peminat dan penyokong PTS menerima kad raya daripada PTS hanya melalui online. 

Lebih menarik apabila E-Kad ini memaparkan video-video ucapan khas hari raya Aidilfitri. Seluruh warga PTS baik daripada lembaga pengarah hingga ke bahagian pengurusan dan gudang sama-sama berbesar hati memberi ucapan hari raya khas buat penyokong PTS selama ini tidak putus-putus menyokong usaha PTS dalam proses memandaikan bangsa. 

Selain itu, penyokong PTS juga mampu melihat wajah-wajah warga PTS yang selama ini berada di belakang tabir bagi mengeluarkan buku-buku berkualiti dan berilmu demi kepentingan bangsa. 

“E-Kad Raya PTS 2010 lebih istimewa berbanding kad raya biasa kerana peminat-peminat PTS mampu melihat wajah-wajah seluruh warga PTS yang berada di belakang tabir bagi menerbitkan buku-buku berilmu,” jelas Timbalan Pengurus Pemasaran, Tuan Mohd Nazrul Shamizan Mohd Samsudin.

Jangan ketinggalan melayari http://kadraya.pts.com.my/ bagi melihat koleksi gambar raya, Video raya serta ucapan hari raya khas buat peminat-peminat PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024