Artikel
Editor PTS Menghadiri Kursus Undang-undang Hak Cipta
oleh [email protected] pada 22 Jan 2010
20 Januari 2010, Puan Nisah Haron mencurahkan ilmu undang-undang di PTS bagi menjalankan kursus sehari kepada 20 staf Jabatan Editorial PTS berkenaan undang-undang hakcipta, khususnya di Malaysia semasa sesi induksi editor baru PTS.
Penulis buku Lentera Mustika ini memberi jawapan dan fakta undang-undang penerbitan untuk rujukan dan amalan para editor. Mereka berupaya meningkatkan kualiti profesionalisme mengendalikan manuskrip dan penulis. Mengawal mereka supaya tidak melakukan kesalahan melanggar hak cipta dan membolehkan mereka memberikan jawapan yang betul apabila para penulis bertanya perkara-perkara asas dalam undang-undang hak cipta.
“Selain daripada itu, editor diberikan pendedahan berkenaan hak cipta, hak penerbitan, dan hak karya di internet. Sebelah petang, peserta diberikan maklumat berkenaan isu fitnah dan saman yang pernah berlaku di dalam dunia penerbitan serta
maklumat penting berkenaan dengan creative commans,” ujar Syafiq Zulakifli, Editor PTS Fortuna.
Mantan peguam ini juga menulis buku berjudul Karya Kita Hak Kita bagi rujukan utama para editor dan penulis. Khlayak boleh layari http://annyss.blogspot.com bagi mengetahui profil beliau dan membaca artikel lain berkenaan akta hak cipta.