Artikel

40 ahli Kelab Debat Bahasa Inggeris KUIN ke PTS

oleh [email protected] pada 19 Jan 2010

Sepanjang sesi lawatan itu, rombongan memperoleh curahan ilmu penerbitan daripada Pengurus Besar Editiorial PTS, Tuan Fauzul Naim Ishak. Turut hadir memeriahkan majlis adalah tim PTS ONE Sdn Bhd.

Pengurus program, Abdul Qahar Abdul Wahab, berkata program itu bertujuan mengetahui proses penerbitan buku terutama pasaran buku remaja yang laris jualannya,
"Barisan kami bangga melihat ketekunan PTS menerbitkan buku dalam bahasa Melayu dan ternyata ia laris dan bisnes yang menguntungkan. Ia lebih berkesan apabila kami mendapat maklumat yang relevsn daripada Pengurus Besar PTS.”
“Terima aksih diucapkan kepada PTS yang menerima rombongan kami dan memperkenalkan kami dengan pelbagai buku yang bermanfaat untuk kelab kami, memang meriah berada di tempat yang dipenuhi pelbagai buku sambil memperoleh ilmu, kami hargai,” katanya mengakhiri bicara.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025