Artikel

Ensiklopedia Sejarah Lengkap Muhammad Menanti di PBAKL

oleh Roziyah pada 17 Mar 2011

Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dakwah, akhlak, muamalat, kepimpinan atau yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi dan diikuti sebagai bukti iman atas kerasulan beliau. Bagi memenuhi impian ini, pecinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi kehidupan Nabi Muhammad sehingga susuk tubuh beliau diikuti secara menyeluruh.

Terdapat pelbagai jenis buku sejarah Nabi Muhammad yang beredar di sekitar masyarakat hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting, tanpa menghuraikan lebih terperinci peristiwa itu sehingga pembaca sukar memahami kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain.

Melalui Ensiklopedia Muhammad yang diterbitkan oleh PTS Islamika, semua perincian dan ketelitian kehidupan Nabi Muhammad termuat sehingga menjadikan kehadirannya cukup memberikan kesan di hati pembaca.

Penulis buku ini, Moenawar Chalil menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting untuk mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang Nabi Muhammad.

PTS Islamika tampil dengan menerbitkan Ensiklopedia Muhammad yang memberi maklumat lengkap mengenai kehidupan Nabi Muhammad.

Ensiklopedia yang diterbitkan dalam tiga jilid ini memberi pegetahuan lengkap kepada pembaca berkaitan peristiwa kehidupan dan keperibadian Nabi Muhammad.

Ensiklopedia menarik ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kisah kehidupan Rasulullah bermula sebelum kelahiran baginda hingga baginda wafat.

Lebih menarik apabila pembaca dapat mengetahui kisah-kisah yang sebelum ini kurang didedahkan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad diselitkan dalam Ensiklopedia ini.

Dapatkan koleksi Ensiklopedia bagi pembacaan sempena Maulidur Rasul ini. Layari BookCafe Online bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025