NETFLIX: Bagaimana pengkelasan manusia melalui media sosial dalam Black Mirror - Nosedive

oleh Asri Yussof pada 20 Dec 2018

Dalam siri Black Mirror kali ini- Nosedive bercerita tentang seorang wanita yang menjaga ‘rate’ orang sekeliling di media sosial beliau untuk berada di ranking elit. Cerita pada latar masa depan ini bercakap soal bagaimana sosial media betul-betul menjadi penanda aras untuk sosio ekonomi seseorang.

Contohnya kita keluarkan kata-kata yang kesar, marah-marah atau bercakap dengan tidak sopan dan kurang ajar- orang yang melihat perbuatan kita boleh mmberi maklum balas yang negatif dan ‘rating’ kita akan jatuh. Dari kelas elit tidak mustahil kita akan berada di kelas miskin.

Netlfix

Nosedive betul-betul mengkritik masa depan sosial media kita- bagaimana manusia betul-betul menjaga kelas mereka: elit, golongan berada, kaya, miskin dan kumpulan tercicir. Satu sisi yang lain, filem ini membawa seorang watak makcik tua yang ratingnya rendah tetapi mempunyai hati yang baik. Suaminya mati kerana hospital tidak mahu memberi rawatan kerana rating media sosial mereka rendah daripada 4.5. Idea cerita ini sangat gila!

Nosedive adalah episod pertama dalam siri ketiga- siri fiksyen British Michael Schur dan Rashida Jones menulis telepelan untuk episod ini berdasarkan kisah pencipta siri dan co-showrunner Charlie Brooker, manakala Joe Wright bertindak sebagai pengarah. Mula ditayangkan di Netflix pada 21 Oktober 2016.

Netflix

Filem ini mendapat pujian yang menggalakkan dan rata-rata memberikan komen yang memberangsangkan. Beberapa pengkritik membandingkan episod ini dengan satu lagi episod pada 2014- Komuniti "Pengembangan Aplikasi dan Perasa", yang menampilkan aplikasi di mana pengguna memberi rating antara satu sama lain. Jack Shepherd dari The Independent mencatatkan bahawa kedua-dua episod adalah sangat kritis dengan menganalisis sosial media sebagai bahan topik utama.

Filem ini dibandingkan dengan Sistem Kredit Sosial China, inisiatif kerajaan yang dirancang untuk ujian pada tahun 2020, dan sistem reputasi Cina yang sedia ada seperti Sesame Credit.

Adakah anda setuju sosio ekonomi ditentukan melalui penarafan di media sosial? Tinggalkan komen dibawah.