Filem Buat Kita Semua Bangga Sebagai Rakyat Malaysia- RISE Inikalilah

oleh Asri Yussof pada 27 Sep 2018

9 Mei 2018 adalah detik bersejarah buat Malaysia apabila buat pertama kalinya kita berjaya untuk menukar kerajaan Malaysia yang baru selepas 60 tahun dikuasai oleh UMNO-BN. Kabinet yang baru dengan perdana menteri yang lama- Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Rise inikalilah

Cerita ini mudah. Kisah sebilangan kecil rakyat Malaysia yang bertindak untuk 'bangkit' pulang mengundi dan cerita-cerita disebaliknya yang menguatkan itipati kandungan cerita ini.

(1) Kumpulan pelajar Malaysia di luar negara yang bergabung untuk membawa pulang undi pos supaya sempat sampai di pusat mengundi pada 9 Mei 2018.

(2) Penjawat Awam (polis) yang dilema hidup di bandar dengan keperluan ekonomi yang mendesak untuk sayang keluarga atau sayang negara.

(3) Cikgu yang mempersoalkan kenapa bajet program kokurikulum dipotong sedang sekolah baru 5 bula bermula. Dan perlawanan beliau dengan orang tersayang- Ayah yang berbeza pandangan politik

(4) Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk mencari wang tetapi hati masih tetap untuk pulang ke kampung pulang mengundi berbeza dengan abangnya yang sudah mendapat warganegara singapura dan mendirikan rumahtangga di sana.

(5) Wartawan yang menyelongkar isu pekerja asing dan peti undi hantu.

(6) Seorang ayah yang baik hati dan bertanggungjawab terhadap pekerja asing tetapi dilema untuk membuat kerja kotor atau menyelamatkan keluarganya.

Kisah-kisah ini ditemukan dengan satu peristiwa besar iaitu - hari pengundian pada 9 Mei 2018. Keseluruhan filem ini betul-betul diinspirasikan daripada cerita rakyat dalam masa beberapa hari sebelum melangkah ke hari pengundian.

Rise inikailah

Saya sangat suka dua lakonan dalam cerita ini, iaitu Cikgu Santhi (lakonan Sangeeta) dan Isteri abang polis (lakonan Sharifah Sakinah). Lakonan Sangeeta dalam filem ini lebih baik daripada filem Adiwira, keep it up! Walaupun watak Sharifah Sakinah kecil dalam filem ini, tetapi beliau membawa peranan yang besar untuk suaminya (lakonan Remy Ishak) yang bekerja sebagai polis untuk terus bekerja dengan 'halal' dan baik.

"Abang kena ingat, perjalanan anak kita tu jauh lagi. Apa yang abang beri makan itulah yang akan mereka dapat."

Sharifah Sakinah

Perlu diingatkan RISE Inikalilah diarahkan bersama oleh tiga pengarah iaitu- Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha and Prem Nath. Pernah tonton filem Kolumpo? arahan bersama Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar. Begitulah miripnya cara pembikinan filem ini.

Saya ada sedikit masalah dengan filem ini. Kepada tak guna baju polis dan logo PDRM yang sebenar (Mungin nak kejar shooting sampai tak sempat nak minta kerjasama dan sokongan PDRM). Kenapa logo dan nama parti politik tidak digunakan yang sebenar-benar ada di Malaysia tetapi bila diselitkan ceramah kempen Mahathir- beliau pakai baju logo BERSATU. Kenapa pembawakan watak Mira Filzah dan kawan dia begitu tidak menyakinkan. Dan sorakan yang sepatutnya ramai tapi tak cukup pelakon (selepas kemenangan) berdekatan Istana Negara (Mungkin sebab bajet kurang).

Lagu tema Sejahtera Malaysia yang dinyayikan semula oleh Dato Shiela Majid sangat menyentuh hati sampai boleh buat orang menangis.

Puji dan syukur pada Ilahi

Anugerahnya tiada terhingga

Kedamaian kemakmuran

Malaysiaku bahagia

 

Dengan tekad untuk berjaya

Berbakti pada nusa dan bangsa

Kami junjung cita-cita luhur

Perpaduan seluruh negeri

Filem ini santai dan mudah faham (walaupun cara ikatanya tak sekemas ikatan One Two Jaga). Kita patut rasa bangga sempena kemerdekaan dan hari Malaysia tahun ini, industri filem kita berjaya bikin 2 filem yang patriotik. Selamat menonton!