Geng Buku PTS Terjah Sekolah di Malaysia Dengan 4 Buah Booktruck Sepanjang 2018

oleh Abdullah pada 08 Jan 2018

Persekolahan 2018 yang baru saja bermula akan memberi pengalaman baru kepada pelajar-pelajar baru. adik-adik tadika yang baru sahaja melangkah ke darjah 1, atau yang baru sahaja masuk ke sekolah menengah di tingkatan 1.

Masing-masing dari mereka akan mempunyai pengalaman yang baru di sekolah masing-masing.

Pada tahun ini, Geng Buku PTS akan terjah ke semua sekolah-sekolah di Malaysia untuk mengadakan aktiviti-aktiviti membaca bersama para pelajar di setiap sekolah yang mereka hadir.

Sama ada ketika Minggu Nilam, Hari Kantin, Hari Koperasi, Hari Sukan dan macam-macam lagi sambutan yang akan Geng Buku PTS turut serta di sekolah yang terpilih.

geng buku pts

Nur Shabirah Yahya, Ketua Projek Program Geng Buku PTS memberitahu, buat masa ini mereka akan mengutamakan sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang terlebih dahulu.

Jika ada permintaan dari sekolah-sekolah dari negeri lain di utara, pantai timur atau selatan, mereka akan merancang dan cuba untuk menjayakan program-program di sekolah berkenaan.

Tambah beliau lagi, program ini dijalankan untuk menyeru usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan potensi membaca dalam kalangan para pelajar dan bersama-sama pihak sekolah untuk menjayakan program-program membaca seperti program nilam dan lain-lain aktiviti.

geng buku pts

Klik di sini untuk menonton booktruck Geng Buku PTS secara LIVE

Program ini dilihat akan memberi lebih keriangan kepada para pelajar dengan kelainan yang cuba ditonjolkan dalam program ini. Para pelajar boleh mendapatkan buku-buku yang menarik di dalam booktruck yang akan dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah.

geng buku pts

Jika berminat untuk menjemput pihak Geng Buku PTS ke sekolah anda, boleh menghubungi Puan Nahddatun Nisaak di talian 016-6611754 atau Puan Shabirah di talian 016-2482936. Juga boleh dihubungi melalui emel: gengbuku@pts.com.my.

Geng Buku PTS