Artikel

Hadiah Peraduan Teka Judul Buku PTS Sedia Menanti Pemenang

oleh Roziyah pada 08 Oct 2010


Hadiah minggu pertama hingga keempat bagi pemenang mingguan Teka Judul Buku PTS kini berada di meja penganjur dan sedia menanti pemenang

Hadiah-hadiah menarik yang disediakan PTS akan berpindah tangan apabila pemenang minggu pertama Teka Judul Buku PTS diumumkan pada 12 Oktober ini.

Pemenang hadiah dipilih berdasarkan jawapan judul buku yang betul. dieja penuh dan paling awal menghantar SMS.

Pemenang hadiah mingguan dan saguhati dipilih berdasarkan SMS yang diterima mengikut Kod Minggu serta tarikh SMS yang ditetapkan penganjur.

Playstation 2 dan hadiah buku PTS bernilai RM 50 menanti hadiah tempat pertama peraduan Teka Judul Buku PTS yang akan diumumkan pada minggu hadapan. Selain itu peserta juga berpeluang memenangi hadiah tempat kedua dan ketiga serta hadiah saguhati yang disediakan.

Nantikan penguguman yang akan disiarkan di laman web PTS pada minggu hadapan.

Peraduan yang bermula pada 3 Oktober hingga 25 Disember ini membuka peluang kepada peminat-peminat buku PTS memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh PTS.

Peraduan yang diadakan selama 12 minggu berturut-turut ini mengajak pembeli buku PTS meneka judul buku PTS berdasarkan imej keratan kulit buku PTS pada poster peraduan. Poster-poster peraduan boleh didapati di kedai-kedai buku yang mengambil bahagaian dan di www.pts.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025