Artikel

Othman Hafsham Turun UiTM Promosi Filem Karipap-Karipap Cinta

oleh Roziyah pada 07 Oct 2010

Pengarah terkemuka, Tuan Othman Hafsham turun padang ke UiTM bagi mempromosikan filem Karipap-Karipap Cinta yang akan menemui penggemar filem tempatan pertengahan Febuari ini.

Mahasiswa yang rata-ratanya terdiri daripada fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM berpeluang beramah mesra dengan pengarah tersohor itu.

Tuan Othman turut menceritakan pengalaman beliau pada awal pembabitannya dalam dunia perfileman tempatan. Pahit dan manis yang ditempuhinya dalam dunia perfileman ini disalurkan kepada mahasiswa agar menjadi tunjuk ajar kepada mahasiswa bagi mempersiapkan mahasiswa sebelum ke arena pekerjaan yang serba mencabar.

Mahasiswa juga diberikan peluang menonton rakaman khas pembikinan filem Karipap-Karipap Cinta yang diapatasi daripada novel Karipap-Karipap Cinta terbitan PTS Fortuna.

Tuan Othman Hafsham, pengarah yang dikenali ramai ini pernah mencapai anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987. Beliau juga pernah mencapai anugerah penulis Skrip Terbaik pada Festival Filem Malaysia Pertama, 1980. Antara filem arahan beliau ialah Adik Manja (1979), Mekanik (1983), Rahsia (1987), Ujang (1989), Driving School (1990), Soal Hati (2000) dan Soalnya Siapa? (2002).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025