Artikel

Hadiah Terbaru Dato’ A. Samad Said

oleh Roziyah pada 14 Jun 2011

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said tampil dengan buah tangan terbaru bersama PTS Pop Sdn Bhd. Menariknya kali ini Dato' A. Samad Said tampil dengan karya novel kanak-kanak yang dihasilkan pada tahun 80-an.

"Karya Dato' A. Samad Said yang akan diterbitkan semula oleh PTS Pop ini istimewa kerana novel ini sukar didapati di pasaran. Kita mengambil inisiatif menerbitkan kembali karya hebat ini bagi memberi peluang kepada generasi baru dapat menikmati karya-karya awal sasterawan negara ini," jelas Editornya tuan Zaki Zainol kepada wakil media PTS.

Selain itu beliau juga menjelaskan sebuah kumpulan cerpen dan novel hasil karya Dato' A. Samad Said juga akan diterbitkan buat peminat-peminat sasterawan negara itu.

Pasti yang tertanya-tanya apakah cerpen dan novel terbaru yang akan diterbitkan oleh PTS Pop Sdn Bhd ini. Nantikannya di portal PTS dari semasa ke semasa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025