Artikel

Edisi Terkini Saga Takluk Jagat: Epik Fantasi Melayu Purba

oleh Roziyah pada 14 Jun 2011

Bukan mudah mencari hasil karya fantasi Melayu yang membawa kita mengembara ke alam Melayu purba yang penuh aksi. Takluk Jagat menjadi novel fantasi Melayu yang benar-benar menyerap Melayu purba dalam rentetan ceritanya.

PTS Pop membawakan kembali siri pengembaraan penuh aksi dalam bumi fantasi yang sebelum ini pernah memecahkan dunia novel fantasi Melayu di Malaysia. Pasti ada dalam kalangan peminat novel fantasi aksi pernah mendengar dan membaca kisah pengembaraan Saga Takluk Jagat ini. Kali ini PTS Pop mengabungkan siri novel Saga Takluk Jagat dalam satu buku dan dengan cover yang lebih menarik hati pembaca.

"Kehadiran dwilogi novel Saga Takluk Jagat ini menjadi hadiah kepada pembaca lama dengan gabungan dua novel dalam satu dan ini juga istimewa kepada pembaca baru yang tidak berkesempatan mendapatkan buku Saga Takluk Jagat sebelum ini," jelas penulisnya Tuan Zaki Zainol.

Penulisnya juga menjelaskan yang kehadiran kembali buku Saga Takluk Jagat 1 dan 2 ini bagi menghangatkan kembali pembaca lama dan baru sebelum terbitnya Saga Takluk Jagat 2 yang akan muncul penghujung tahun ini.

Melalui perwatakan yang kukuh dan aksi yang mendebarkan, Saga Takluk Jagat membawakan kisah pengembaraan yang mampu memecahkan tradisi karya novel fantasi di Malaysia.

Kisah fantasi Melayu purba Saga Takluk Jagat bermula di sebuah tanah fiksyen ini membawa kisah pengembaraan Bayu Adi Jata, seorang yatim piatu yang merentas belantara mendapatkan kembali keris warisan yang hilang dari simpanan serta mencari pembunuh datuknya. Pengembaraan panjang ini juga mempertemukan Bayu dengan Zilastra Dunia Kencana, Puteri Ariasha Cinta Castra, puteri bunian dan Budak Tiada Wajah. Dalam pengembaraannya juga, Bayu terserempak dengan seorang lagi perwira rahsia yang mencari keris Bayu yang sama.

Bagaimana akhirnya pengembaraan Bayu Adi Jata mencari keris warisannya. Kisah pengembaraan ini dapat diterokai dalam novel Saga Takluk Jagat 1: Bisikan Ariasha dan Saga Takluk Jagat 2: Amukan Indera Bumi.

Saksikan pengembaraan Bayu dalam Dwilogi Novel Saga Takluk Jagat di kedai-kedai buku berhampiran atau melayari www.pts.com.my bagi membeli buku ini secara online. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025