Artikel

Hadiah Terbaru Pak Samad : Cinta Fansuri Kembali Dengan Kaver Menarik

oleh Roziyah pada 20 Sep 2011

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said muncul lagi melalui karyanya yang diperbaharui dengan susun atur dan penampilan yang yang lebih menarik dan mengujakan.

Cinta Fansuri mendedahkan kisah cinta seorang lelaki bernama Fansuri. Kisah ini memaparkan lebih dari satu kisah cinta. Novel yang berlatarkan Perang Teluk menggambarkan suasana dunia sangat resah dan mencemaskan.

PTS Pop Sdn Bhd menampilkan karya ulung Sasterawan Negara ini dengan kaver yang menarik dan sesuai dipegang oleh semua golongan pembaca.

Dapatkan karya sasterawan negara yang diperbaharui ini dengan melayari www.bookcafe.com.my atau di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025