Artikel

Majlis Pelancaran Buku Ustaz Azhar Idrus

oleh Roziyah pada 21 Sep 2011

Ustaz Azhar Idrus yang semakin popular dengan buku terbarunya akan menemui peminatnya sekaligus melancarkan buku terbarunya bersama PTS.

Melalui majlis pelancaran buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab akan diadakan pada hari sabtu, 24 September ini bermula jam 8 malam.

Peminat beliau juga berpeluang mendengar kuliah khas daripada Ustaz Azhar Idrus dalam majlis tersebut.

Majlis besar-besaran ini akan berlangsung di Masjid ar-Ridhuan, Ulu Klang (berhampiran Zoo Negara).

Tuan dan puan yang berminat menghadiri majlis ilmu bersama ustaz Azhar Idrus ini dinasihatkan datang awal bagi mengelakan kesesakan.

Tuan dan puan juga berpeluang mendapatkan buku beliau yang sudah diulang cetak 3 kali dalam sebulan ini dalam majlis tersebut selain mendapatkan tandatangan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Layari www.bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat buku dan membeli buku secara online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025