Artikel
Hak Cipta & Penulis : Soalan-soalan lazim
oleh Helmi pada 20 Jul 2005
1. Apakah itu hak cipta?
Hak cipta ialah satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta yang menghasilkan karya asal sama ada karya sastera, drama, muzik, seni, dan lain-lain karya intelektual. Perlindungan ini diberikan kepada sama ada karya yang sudah diterbitkan atau belum diterbitkan. Pencipta berhak melaksanakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk satu tempoh tertentu.
2. Apakah akta atau undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia?
Hak cipta di Malaysia dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332). Malaysia juga tertakluk kepada peraturan Konvensyen Berne bagi Perlindungan Karya Sastera dan Seni 1886 dan TRIPS (Agreement on Trade-Related Aspects on Intellectual Property Rights) 1994.
3. Apakah itu Konvensyen Berne?
Konvensyen Berne adalah konvensyen tertua yang memberi pelindungan bagi karya sastera dan karya seni negara-negara anggota. 3 prinsip utamanya ialah:
a. semua karya seni yang dihasilkan oleh rakyat semua negara anggota diberikan perlindungan
b. perlindungan hak cipta diberi secara automatik
c. perlindungan yang diberikan tidak tertakluk kepada perlindungan yang perlu diberikan oleh negara asal
4. Apakah jenis karya yang dilindungi undang-undang hak cipta?
 karya sastera
 karya muzik
 karya seni
 filem
 rakaman bunyi
 siaran
5. Apakah yang dimaksudkan dengan karya sastera?
 novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain
 lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomim
 treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel
 ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain
 surat, laporan dan memorandum
 syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya
 jadual atau penyusunan, sama ada dalam bentuk perkataan, angka atau simbol yang nyata atau tidak, dan sama ada dalam bentuk yang dapat dilihat atau tidak
 program komputer
6. Apakah yang tidak dilindungi hak cipta?
 Karya yang belum dizahirkan dalam bentuk yang kekal seperti susunan ayat dalam sebuah buku.
 Judul, nama, frasa pendek, slogan (walau bagaimanapun ianya boleh dilindungi di bawah undang-undang cap dagangan)
 Simbol dan reka cipta yang umum dan diketahui seperti tanda ‘Dilarang merokok’
 Jenis huruf, warna.
 Idea, prosedur, kaedah, sistem, proses, konsep, prinsip, penemuan.
 Karya yang mengandungi maklumat umum dan tidak ada pemilik hak cipta asal. Sebagai contoh kalendar standard, carta ukuran ketinggian, jadual atau senarai yang diambil daripada sumber terbuka.umum, pta ukur.
7. Apakah hak eksklusif yang dimiliki oleh pemegang hak cipta?
 mengeluar semula dalam apa-apa bentuk bahan
 menyampaikan kepada awam
 menunjuk, menayang atau memainkan kepada awam
 mengedar salinan kepada awam sama ada dengan cara menjual atau memindah milik
 menyewakan kepada awam secara komersial
8. Berapakah tempoh hak cipta yang diberikan?
 Karya sastera, muzik & seni: sepanjang hayat penulis + 50 tahun selepas kematiannya
 Diterbit selepas kematian pencipta: 50 tahun bermula dari tahun kalendar karya diterbitkan
 Karya tanpa nama/mengguna nama samaran: 50 tahun bermula dari tahun kalendar karya diterbitkan
 Karya ciptaan bersama: sepanjang hayat penulis terakhir yang meninggal + 50 tahun selepas kematiannya
9. Apakah prinsip-prinsip asas dalam hak cipta?
 Karya adalah asli
 Idea tidak dilindungi hak cipta
 Fakta tidak dilindungi hak cipta
 Hak cipta diperolehi secara automatik
 Hak cipta adalah adalah satu bentuk harta
 Karya sudah dizahirkan dalam bentuk yang nyata
10. Bagaimana jika saya hendak mengguna bahan daripada karya orang lain?
 Minta kebenaran pemilik hak cipta terlebih dahulu
 Tulis balik menggunakan ayat sendiri
 Ciplak
11. Dalam keadaan apakah saya boleh guna bahan orang lain tanpa minta kebenaran?
Dibenarkan untuk urusan yang wajar bagi tujuan:
 Penyelidikan
 pengajian sendiri
 kritikan
 ulasan
 laporan
Dengan syarat meletakkan judul karya atau sumber dan penciptanya.
 
12. Bagaimana menentukan wajar atau tidak penggunaan sesuatu karya?
 Tujuan: untung atau tidak
 Jenis karya: kreatif atau tidak kreatif
 Sedikit atau banyak
 Kesan ekonomi kepada karya asal
13. Bagaimana membukti hak cipta?
 Meletak notis hak cipta
 Membuat akuan bersumpah atau afidavit
 meletak manuskrip di dalam sampul surat yang di sealing wax
 mendaftar dengan pusat bibliografi negara
14. Siapakah pemilik hak cipta?
 Individu yang mencipta karya
 Majikan yang menggaji pekerjanya
 Individu yang menempah karya
15. Bentuk adaptasi yang bagaimanakah yang tidak dibenarkan?
 karya sastera ditukar kepada karya drama
 karya drama ditukar kepada karya sastera
 terjemahan karya drama dan sastera
 karya drama atau sastera dikomikkan (gambar)
 gubahan atau transkripsi karya muzik
 karya sastera atau seni ditukar menjadi filem
16. Apakah bentuk tindakan yang boleh diambil jika berlaku pelanggaran hak cipta?
a. Tindakan sivil
 perlu mendapatkan peguam
 perlu menangung semua perbelanjaan membawa kes ke mahkamah
 jika berjaya dalam tuntutan,
 tuntutan yang boleh dibuat seperti ganti rugi dan perintah halangan
a. Tindakan jenayah
 membuat laporan polis
 belanja ditanggung oleh kerajaan
 jika didapati bersalah, pihak didakwa akan dikenakan hukuman
 tiada pampasan
b. Penguatkuasaan di bawah Bahagian Penguatkuasaan Harta Intelek, KPDN & HEP
 
Nota ringkas ini disediakan oleh:
NAZRUL SAMSUDIN
Pegawai Undang-undang
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
[email protected]
31 Mei 2005