Artikel

Bengkel Penulisan Remaja di UIAM, Gombak

oleh Helmi pada 18 Jul 2005

Bengkel yang dianjurkan oleh seorang penulis PTS iaitu saudara Mohd Rosmizi Abdul Rahman ini mendapatkan sambutan yang menggalakkan. Seramai 21 orang peserta daripada kalangan para mahasiswa UIAM Gombak.

Kebanyakannya adalah ahli kumpulan mentee saudara Mohd Rosmizi. Bengkel ini dikendalikan oleh Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd Fauzul Na’im Ishak. Antara pengisian bengkel penulisan pada hari itu adalah Mengenal Dunia Penulisan dan Penerbitan Buku Malaysia, KJ Method: Teknik Menulis buat Orang Sibuk dan Motivasi Minda Buat Pengarang dan Karyawan.

Bengkel satu hari ini berjaya menggilap lebih ramai bakat muda penulisan bagi menyemarakkan lagi dunia penulisan buku di Malaysia. Bengkel penerusan buat penulis muda akan diadakan sebulan sekali dengan input yang berbeza. Bagi bulan Ogos 2005 akan dianjurkan Ceramah Mengenali Undang-undang Hak Cipta buat Penulis Muda yang juga akan dibuat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bagi yang berminat bolehlah menghubungi En. Fauzul Na’im Ishak melalui email : [email protected] ataupun no. telefon pejabat : 09 233 0485.

Tahniah kepada pihak penganjur dan PTS Millennia Sdn Bhd. di atas kejayaan menganjurkan bengkel ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025