Artikel

Hari Kedua PBAKL: Temui Penulis Novel Sejarah, Buku Motivasi serta Artis Komik-M di booth PTS

oleh Roziyah pada 23 Apr 2011

Seperti yang dijanjikan, PTS membawakan penulis kegemaran ramai khas ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.

Bermula jam 11 pagi, PTS Litera Utama Sdn Bhd akan membawakan penulis-penulis novel Sejarah nombor satu Malaysia iaitu Tuan Abdul Latip Talib yang dikenali dengan siri novel sejarah Islamnya.

Selain itu, PTS Litera juga membawakan penulis Novel Srikandi Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi ke pentas booth PTS bagi mempromosikan buku srikandi Islam beliau yang sememangnya diketahui ramai.

Tepat jam 12 tengahari, PTS Islamika akan menampilkan Bicara Buku bersama penulis Travelog Hidayah dan Travelog Syahadah, Tuan Rashidi Abdullah yang akan membicarakan mengenai buku beliau.

Kemudian, pada jam 4 petang, PTS membawakan penulis Pengaruh Gaya Trump, Tuan Syahrul Nizam Junaini dan Tuan Nazri kadir ke booth PTS bagi mendedahkan rahsia menjadi insan berpengaruh.

Lebih hebat, PTS menerbangkan penulis buku motivasi Indonesia yang popular dengan buku motivasinya, Setengah Berisi, Setengah Kosong, Tuan Parlindungan khas ke booth PTS bagi bertemu dengan peminat buku motivasi di Malaysia.

Akhir sekali, PTS juga membawakan artis-artis popular komik-M melalui demo melukis dan sesi autograf bersama peminat di booth PTS.

Jangan ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama PTS di booth PTS pada hari kedua PBAKL 2011.

Pelbagai hadiah menarik juga disediakan khas buat peminat buku di Malaysia.

Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025