Artikel

Hari keempat PBKKL: Dato’ A. Samad Said Meriahkan Booth PTS

oleh Roziyah pada 25 Dec 2010

Bagi menambahkan keterujaan pengunjung Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL), PTS Fortuna Sdn. Bhd membawakan Sasterawan Negara (SN), Dato’ A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad ke booth PTS pada hari ini 25 Disember 2010.

Aktiviti menarik bersama Pak Samad disediakan bagi memberi peluang kepada pembaca cilik mengenali Pak Samad dengan lebih dekat lagi.

Pak Samad akan bertemu peminatnya pada jam 4 petang ini.

Antara aktiviti bersama Pak Samad yang disediakan khas buat pengunjung-pengunjung yang hadir di booth PTS termasuklah memperkenalkan siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara PTS.

Selain itu, PTS Fortuna juga mengadakan temubual eksklusif bersama Pak Samad. Pengunjung yang hadir juga dapat beramah mesra dan mengutarakan soalan kepada sasterawan negara yang tersohor ini.<

Jemput beramai-ramai memeriahkan booth PTS di PBKKL kali ini bagi merasai sendiri kemeriahan PBKKL bersama PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024