Artikel

Hari Ketiga PBAKL 2011: Penulis-Penulis Hebat Menanti Peminat Buku

oleh Roziyah pada 24 Apr 2011

Hari ketiga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 menampilkan penulis-penulis hebat dan sudah menempah nama dalam arena penulisan tempatan dan antarabangsa.

Bermula jam 11 pagi, PTS membawakan aktiviti menarik Young Aisyah bersama Reja dan Saridah di booth PTS. Tuan dan puan yang membawa anak-anak boleh menyertai aktiviti yang menarik dan menghiburkan ini.

Dalam masa yang sama, di Bilik Seminar Johor juga diadakan Seminar Penulisan Surah yusof & Pelancaran Buku Menulis Novel Bestseller melalui Teori Surah Yusof. Seminar ini menampilkan Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd, penulis novel sejarah nombor satu, Tuan Abdul Latip dan penulis novel motivasi, Tuan Baharuddin Bekri.

PTS Islamika kemudiannya menampilkan bual bicara buku bersama Ustaz Rohidzir Rais. Beliau akan berbicara mengenai buku Anda Bertanya, Ustaz Menjawab tulisan terbaru beliau hanya di booth PTS.

Anak syarikat terbaru PTS iaitu PTS Darul Furqan juga akan mengadakan pra-pelancaran Tafsir Al-Quran Al-Hakim dan Tafsir Ayat Ahkam oleh Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff.

Pada jam 2 petang, PTS Litera Utama menampilkan penulis indonesia yang mula mendapatkan perhatian di Malaysia. Tuan A. Fuadi yang menghasilkan buku Negeri 5 Menara akan berbicara mengenai buku terbaru beliau khas di Bilik Seminar Johor, PWTC.

Dato' Mahmood Zuhdi juga akan tampil melalui slot Bual Bicara Transformasi Fikah Semasa dan 5 Tokoh Penggugat Zaman di booth PTS bermula jam 3 petang.

Komik-M sekali lagi tampil hari ini dengan membawakan Demo Melukis dan Sesi tandatangan bersama-sama artis Komik-M.

Akhir sekali, PTS Litera Utama membawakan Tuan Moh Dat Haji Molok yang mempromosikan buku Birawati Qaseh Puteri dan mengejar Bayangan Qaseh Puteri di booth PTS.

Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lengkap promosi dan aktiviti PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025