Artikel
Guru Borong Komik-M Buat Bacaan Pelajar Sekolah
oleh Roziyah pada 24 Apr 2011
seorang guru memborong Komik-M bagi meningkatkan semangat dan minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah.
Puan Habsahah Abu Taib membeli hampir keseluruhan siri dan buku komik-M keluaran PTS Pop Sdn. Bhd bagi digunakan untuk Program Bacaan Pagi yang diadakan di sekolah beliau.
Beliau yang juga guru Sekolah Rendah Bukit Bandaraya, Kuala lumpur percaya melalui penerapan membaca dapat menggelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Puan Habsahah mencari dana sendiri dalam menghidupkan Program Bacaan Pagi di sekolah beliau.
"Saya menggunakan komik bagi menarik minat pelajar membaca. Apabila minat timbul, ini akan menarik mereka untuk membaca buku-buku lain," jelas beliau.
Apabila ditanya alasan Komik-M dipilih berbanding komik-komik lain yang ada di pasaran, Puan Habsahah menjelaskan isi kandungan komik-M yang boleh dipercayai dan berbeza daripada komik lain yang ada dipasaran menjadikan beliau yakin dengan komik-M.
"Isi kandungannya yang dapat mendidik sekaligus memenuhi citarasa kanak-kanak menyebabkan komik-M dipercayai dan boleh masuk ke sekolah," ujar beliau lanjut.
Bagi beliau pihak sekolah harus membawa kelainan di perpustakaannya dengan membawa Komik-M dalam usaha meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar sekolah.