Artikel
Hari Pertama PBKKL: Pelukis Komik-M Hiburkan Pengunjung PBKKL
oleh Roziyah pada 22 Dec 2010
Pelukis-pelukis Komik-M yang menjadi pembuka kepada aktiviti di PBKKL menghiburkan peminat dengan menghasilkan karikatur menarik khas buat pengunjung yang hadir ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) kali ini.
Pengunjung terhibur apabila pelukis-pelukis hebat Komik-M turun padang bagi beramah mesra dan memberi karikatur percuma kepada pengunjung.
Turut hadir menghangatkan suasana termasuklah Frooggypapu, Reja, Poyo, Bophairi, Jas dan Ard One.
Pelukis-pelukis komik hebat ini akan berada di booth PTS sehingga jam 1 Petang ini.
Bagi peminat Komik-M, jangan ketinggalan menyertai dan beramah mesra dengan pelukis-pelukis Komik-M yang pastinya memberi kepuasan berganda kepada pengunjung yang hadir.