Artikel

Hari Pertama PBKKL: Pengunjung Penuhi Booth PTS

oleh Roziyah pada 22 Dec 2010

Kemeriahan hari pertama Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010 mula dirasai apabila pengunjung memenuhi booth PTS sejurus pintu PWTC dibuka.

Pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan umur memenuhi booth PTS bagi mendapatkan buku-buku kegemaran mereka.

Kegembiraan jelas terpamer di wajah pengunjung apabila menerima hadiah khas untuk 50 pembeli pertama yang membeli buku di booth.

Pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah kaum Cina dan India.

Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan PBKKL yang menjadi hari perayaan kepada penerbit dan peminat-peminat buku di Malaysia.

PTS menyediakan 15 peratus diskaun bagi semua buku-buku terbitan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025