Artikel

Hero Sebenar Pasti Muncul Di Setiap Cerita: My King My Hero

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 10 Aug 2015

Novel keluaran Tunas Super sentiasa memberi ruang kepada penulis-penulis cilik untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang penulisan.

Jadi penulis cilik kali ini telah menghasilkan sebuah novel yang akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sejak kematian isteri, Raja di negara Yalama telah membuat keputusan untuk menjaga puteranya di istana. Sampailah satu hari iaitu pada hari keputeraan beliau,

 Raja negara Yalama telah mendengar khabar yang kurang enak tentang negara Yalama.

Disebabkan perkara itu, Raja telah menjadi sangsi dan ingin melakukan sesuatu bagi membetulkan semula keadaan negaranya.

 Pada satu hari, di kawasan luar bandar negara Yalama datang dua orang pemuda yang ingin mencari pekerjaan.

Mereka ditawarkan bekerja di jabatan menteri sehinggalah pada suatu hari salah seorang dari mereka mendapat tahu dalang bagi semua perkara yang berlaku di negara Yalama.

Adakah adik-adik ingin mengetahui apa yang seterusnya? Suatu penamat yang cukup hebat menanti adik-adik pembaca. Adakah negara Yalama akan kembali aman dan damai?

 Teruskan membaca dan adik-adik akan mengetahui siapakah HERO yang sebenar.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024