Artikel

Orang Malaysia Kita Di Bumi Eropah: UK Aku Mai

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 10 Aug 2015

Malaysia dan UK. Eh, ini bukan Ulu Klang ya. Ini cerita mengenai United Kingdom. Orang Malaysia kita zaman kini kalau sebut saja fasal UK bukan main seronok lagi. Europe kata mereka.

Siapa yang dapat menjejakkan kaki di bumi Eropah ini, anda akan nampak hebat dan sudah pasti selepas sekembalinya ke bumi Malaysia anda akan dikagumi oleh rakan-rakan anda.

Tapi lain pula dengan Shahkang yang terkenal dengan kata-kata sinis. Siapa sensitif, mohon bertabahlah ya? Okey, itu bukan al-kisahnya.

Buku kategori seperti ini, bagi yang sudah lama mengidam mahu pergi belajar, melancong dan mahu buat apa-apa sewaktunya dengannya di UK, aku boleh jamin kalian rakyat jelata semua mesti cakap

“Wah, fasal UK! Mesti best!” kalau tidak pun, “Wah, buku ini mesti ada panduan bila kita sampai sana nanti.” Oh tidak, ini bukan buku panduan bila anda sampai di United Kingdom

tetapi ini buku Shahkang yang suka bermain dengan kata-kata sinis, dia akan menceritakan bagaimana kehidupan sebenar sebagai Malaysian yang duduk di negara orang putih.

Dalam buku ini juga, penulis ini akan membuka mata kita semua bagaimana keadaan sebenar negara yang orang kita selalu banggakan. Segala yang pembaca ingin tahu tentang cuaca, jalan,

 bangunan dan cara hidup di UK ini akan diceritakan oleh dengan terperinci.

Baiklah, ini jaminan bagi menyakinkan lagi para pembaca, anda pastinya akan terhibur dengan loghat utara yang dibawa oleh penulis dan sudah pasti ia akan mencuit hati.

Tambah pula dalam buku keluaran baru Puteh Press ini juga, kita sendiri akan tahu pelbagai jenis ragam bangsa kita yang tinggal di sana.

Perkara yang paling menarik apabila menyentuh mengenai ragam mereka dan reaksi yang bakal diluahkan juga pasti pelbagai.

Lagipun, percayalah 200% tidak rugi pun kalau anda semua baca buku ini. Sebab apa? Baik buruk orang kita di negara orang putih kali ini dan segala ragam semua akan didedahkan.

Mahu tahu lebih lanjut tentang apa yang bakal disampaikan? Bacalah buku ini sendiri, baca ramai-ramai pun boleh.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024