Artikel

Hidup Kaya dengan Gaya Orang Babylon: The Richest Man in Babylon

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 11 Feb 2014

Perkara pertama yang mungkin bermain dalam fikiran dalam kita apabila mendengar buku ini adalah, “Bagaimana sebuah buku kewangan yang ditulis kurang lebih 100 tahun dahulu masih releven pada hari ini? Apa lagi fokusnya adalah berkenaan Babylon, tamadun yang begitu kuno!”

Nanti dahulu. Buka Google dan masukkan kata kunci The Richest Man in Babylon. Tuan puan akan terperanjat melihat bagaimana pembaca-pembaca yang sudah menyelesaikan buku ini menilai tulisan ini.

Lihat di Amazon, Barnes and Noble dan pelbagai lagi laman-laman internet gergasi yang lain. Hasilnya hampir serupa. Pujian demi pujian. Bukan sekadar sewaktu diterbitkan, bahkan masih sehingga sekarang.

The Richest Man in Babylon adalah buku klasik dalam bidang kewangan. Walaupun zaman berubah, nasihat dan panduan yang diketengahkan tidak luput dan terus berguna. Lebih menarik adalah cara penulisannya.

The Richest Man in Babylon adalah sebuah cerita.

Apa lagi yang kita mahukan? Cara kunpul wang, kawal perbelanjaan, gandakan emas, pelihara harta daripada kerugian, menjadikan kediaman sebagai pelaburan yang menguntungkan, jamin pendapatan masa depan, dan kaedah meningkatkan kemampuan bagi menjana pendapatan.

Semuanya dalam cerita yang menarik, dan bahasa yang mudah dihadam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024