Artikel

Hujung Minggu bersama PTS : Temui Tim Best dan Mini Wokshop Menjadi Penulis Bestseller

oleh Roziyah pada 12 Oct 2011

Sertai PTS dan MPH minggu ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan untuk seisi keluarga.

MPH Mid Valley, Kuala Lumpur membawakan eksperimen bersama Tim Best yang menguji minda dan menghiburkan anak-anak.

Jelajahi dunia planet dengan aktiviti menyusun Planet. Selain itu, Tim Best juga memberi peluang kita memahami apa itu Sistem Respirasi dengan bereksperimen dengan Tim Best yang menghiburkan.

Sertai Tim Best bersama Umi Danial di MPH Mid Valley pada 15 Oktober ini bermula dari jam 2 petang.

Selain itu, MPH dan PTS juga membawakan Mini Wokshop Tip Menjadi Penulis Bestseller pada jam 3 petang di MPH Mid Valley.

Temui penulis buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, Tuan Zamri Mohammad bagi mengetahui lanjut cara terbaik menjadi penulis terkenal. Sertai beliau di MPH Mid Valley pada jam 3 petang, 15 Oktober ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025