Artikel

Bongkar Kod Rahsia dengan Koleksi Pantun Kanak-Kanak

oleh Roziyah pada 12 Oct 2011

Alami keseronokan dunia kanak-kanak melalui kosa kata dengan pantun yang menarik dan menghiburkan.

PTS membawakan koleksi pantun mudah khas untuk kanak-kanak. Terdapat glosari yang membantu pemahaman kanak-kanak kepada perkataan-perkataan baru.  Buku yang penuh dengan ilustrasi comel daripada Tuan Nor Azri Nor Azmi dan Tuan Cloude Nimbus ini pasti memberi keceriaan kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Buku ini juga sudah pasti menjadi pilihan ibu bapa bagi membantu kanak-kanak belajar membaca.

Sertai juga peraduan Bongkar Kod Rahsia dan menang yang terdapat di dalam buku menarik dan penuh ilustrasi ini. Layari suka.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut peraduan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026