Artikel

Hujung Minggu@PTS : Kemeriahan mula terasa

oleh Roziyah pada 26 Jun 2010

Kemeriahan mula terasa apabila ramai peminat buku datang menghabiskan hujung minggu sejak awal pagi tadi di Hujung Minggu @PTS.

Salah seorang pengunjung Puan Hazalani gembira kerana PTS mengadakan jualan dan diskaun ini.

"Pesta sebegini bagus kerana adanya diskaun untuk pembeli. Jadi pembeli yang berpendapatan rendah juga mampu membeli buku untuk diri sendiri dan anak-anak," kata beliau yang datang membawa anak-anaknya.

Beliau yang diperkenalkan oleh rakannya mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memberi peluang kepada pembeli untuk membeli lebih banyak buku.

Beberapa orang penulis juga hadir memeriahkan pesta hujung minggu ini.

Tuan dan puan juga masih berpeluang hadir ke Jualan Hujung Minggu ini. Program yang pada hari ini dan esok berlangsung dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Penuhi hujung minggu anda bersama kami di PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor. Klik di sini bagi melihat lokasi PTS http://pts.com.my/index.php/contact/ .

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025