Artikel
Harumnya Norjannah: Kisah Benar Mualaf
oleh Roziyah pada 28 Jun 2010
Harumnya Norjannah hasil karya kusyi Hirdan memaparkan kisah dan cabaran seorang wanita India yang mendapat hidayah Islam.
Harumnya Norjannah merupakan kisah benar yang berlaku kepada Puvanes yang menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal.
Perjalanan hidup wanita anak dua ini lebih menarik apabila Puvanes mengambil keputusan memeluk agama Islam dengan persetujuan kedua-dua anaknya yang turut berhijrah dan melafazkan kalimah syahadah bersamannya.
"Kisah ini diilhamkan apabila saya sebagai wartawan menemubual Norjannah satu ketika dahulu," kata penulis novel Nurjannah, Kusyi Hirdan dalam program Hujung Minggu@PTS yang lalu.
Walaupun bahasa yang digunakan tidak terlalu berat namun mesej yang cuba disampaikan dari novel ini mampu menangkap hati pembaca.
"Lebih menarik apabila ibu Norjannah tidak membantah keputusan anaknya apabila melihat perubahan dalam diri Norjannah. Dia gembira kerana anaknya lebih baik daripada dulu," kata Kusyi Hirdan lagi.
Beliau dengan nada gembira memaklumkan yang kisah Nurjannah ini akan disambung kerana permintaan dari peminat Seharum Norjannah.
Kusyi Hirdan juga sempat menyampaikan mesej kepada mereka yang berminat menghasilkan karya.
"Carilah ilmu dan jangan berhenti. Walaupun saya sudah ada 26 buah buku namun saya masih menghadiri kursus.
"Sebelum menghantar manuskrip juga penulis boleh meminta komen rakan-rakan terdekat agar karya yang dihasilkan lebih baik," kata beliau lagi.