Artikel

Hujung Minggu@PTS Meriah

oleh Roziyah pada 02 Aug 2010

Hujung Minggu@PTS yang diadakan di ibu pejabat PTS meriah dengan kehadiran peminat-peminat buku PTS.

Diskaun hebat yang diberikan  memberi peluang kepada pengunjung membeli lebih banyak buku yang diidam-idamkan selama ini.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang membeli buku sempena Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Hujung Minggu@PTS yang diadakan pada 31 julai dan 1 ogos lepas juga dimeriahkan dengan bengkel penulisan sastera pahlawan yang dianjurkan oleh PTS Fortuna Sdn Bhd.

Beberapa penulis PTS juga turut hadir bagi memeriahkan Hujung Minggu@PTS yang diadakan khas bagi menghargai peminat buku yang terus menyokong PTS.

Pengunjung yang ditemuramah teruja dengan program hujung minggu ini dan berharap jualan ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

PTS mengucapkan terima kasih kepada pegunjung yang hadir dan memberi sokongan dalam jualan Hujung Minggu@PTS yang diadakan ini.

Nantikan jualan hujung minggu@PTS akan datang bagi medapatkan diskaun-diskaun hebat dan beramah mesra bersama penulis PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024