Artikel

Baca@Ramadan: Iklan Promo Mula Disiarkan Di Sinar FM

oleh Roziyah pada 26 Jul 2010

Iklan promosi Baca@Ramadan mula disiarkan di radio Sinar FM hari ini bagi mempromosikan buku-buku keluaran PTS sempena Ramadan ini.

Iklan promosi ini telah dirakamkan di studio Sinar FM minggu lalu sempena program Baca@Ramadan yang telah dilancarkan oleh PTS bagi memeriahkan Ramadan ini.

Antara pelakon yang terlibat dalam rakaman iklan tersebut termasuklah juruhebah Sinar FM, Puan Nila Kurnia sebagai isteri, Tuan Badrul sebagai suami dan Tuan Rostam sebagai suara latar dalam rakaman iklan tersebut.

 Iklan tersebut mempromosikan mengenai koleksi buku resepi Senangnya Memasak keluaran PTS Mellenia Sdn Bhd dan disiarkan 5 kali sehari selama seminggu khas untuk juadah bulan puasa dan sempena hari raya.

Dengarkan iklan di Sinar FM yang bakal membuka selera anda sempena Ramadan dan Syawal ini.

Meriahkan Baca@Ramadan kali ini dengan membaca buku-buku yang memberi input dan ilmu dan mampu diserap untuk diamalkan bagi menambahkan pahala sepanjang Ramadan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024