Artikel

Jom Kembara Bersama Hero Di Taman Rimba: Hero Kampung Geng Taman Rimba

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 01 Aug 2015

Kartunis tersohor Rudy. Siapa sahaja tidak kenal dengan setiap karya yang dihasilkan beliau? Sudah pasti ramai yang mengenalinya bukan?

Mungkin juga salah seorang daripada anda adalah pengumpul karya-karya Rudy.

Kali ini, Rudy kembali dengan sebuah lagi karya yang baru. Sebuah karya yang diberi tajuk Hero Kampung Geng Teman Rimba.

Ya, mungkin sahaja saat pertama kali anda membaca tajuk komik kali ini akan berpendapat “Hero Kampung? Mesti ini cerita hero yang cliché yang selalu kita baca dan dengar seperti sebelum ini”.

Anda silap. Ini cerita hero kampung yang luar biasa!

Kenapa luar biasa? Kerana kali ini Haikal si hero kampung akan membawa anda semua mengembara ke rimba, atau lebih sinonim dengan hutan.

Jika diterjemahkan di dalam bahasa inggeris adalah forest atau jungle. Kita akan dibawa dengan pelbagai kisah yang seronok dengan setiap perkara yang dilakukan

oleh hero kampung yang seorang ini sepanjang penggembaraan di dalam taman rimba.

Tambahan pula, Haikal si hero kampung akan membuatkan anda para pembaca cinta kepada alam semula jadi di bumi Malaysia ini.

Selain itu, di dalam karya kartunis Rudy kali ini juga ia disertakan pelbagai pengetahuan sampingan bagi menambah ilmu para penggemar komik.

Seronok bukan? Tidak perlu buat carian di google pun.

Seperti biasa dan sebelum-sebelum ini, karya Rudy pasti menggeletek dan mencuit hati kita semua. Jadi, adakah anda semua bersedia untuk bergelak ketawa sambil membaca komik ini?

Jaga-jaga, kalau anda di tempat awam jangan pula ketawa berdekah-dekah, nanti dipanggil “gila” pula.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024