Artikel

Indahnya Mempelajari Kalam Allah: Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 18 Feb 2015

Indahnya Al-Quran terletak pada kandungan, penceritaan, kisah-kisah di setiap surah serta alunan yang dilafazkan oleh para pembacanya sendiri. Jikalau kena pada cara, maka sudah tentu indah sekali pada pembacaan itu.

Keistimewaan pada buku ini yang paling memikat hati adalah penulis berjaya mencuri perhatian para pembaca dengan pengisian tentang pengalaman-pengalaman beliau sepanjang menuntut ilmu dalam menghafaz kalam Allah ini.

Selain itu, buku in menampilkan tips-tips ataupun kaedah yang senang untuk menghafaz surah-surah pendek mahupun panjang yang mudah dipelajari oleh semua lapisan masyarakat.

Bermula daripada buku yang bertajuk Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril, tiada lagi alasan bagi umat Islam di luar sana untuk tidak mempraktikkan penghafalan surah-surah dalam Al-Quran.

Dengan bantuan buku ini, menghafal Al-Quran tidaklah sesukaseperti yang digambarkan sungguhpun mengambil masa. Ditambah pula dengan komitmen serta dedikasi yang cukup tinggi dan cinta terhadap kalam Allah, segala perjalanan tuntutan ilmu Al-Quran pasti dipermudahkan lagi dengan mengikuti perjalanan penulis sepanjang beliau menghafaz kitab suci ini. 

 Sesuai dengan keinginan masyarakat kini, kaedah yang dikongsikan tidak terlalu kompleks, tidak cepat dan tidak lambat kerana para pembaca pasti boleh mengikuti langkah-langkah yang mudah untuk menghafal surah-surah dan disimpan kemas dalam ingatan.

Insya Allah dengan izin-Nya, bukan mustahil bagi kita untuk mempraktikkan amalan-amalan daripada buku ini dalam kehidupan seharian kita.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024