Artikel

Ketawa Sehingga Tidak Kering Gusi: Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah #2- Tahap Dua

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 18 Feb 2015

Berita baik buat peminat-peminat komik siri dari Komik-M di luar sana khususnya yang setia mengikuti perkembangan kartunis bernama Poyo. Kini dengan siri terbaru, Poyo menampilkan kembali Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah- Tahap Dua.

Lihat sahaja pada muka kulit komik ini, sudah pasti menangkap mata yang memandang gelagat watak-watak kartun di dalam siri kedua Lawak Budak Sekolah ini. Mereka kelihatan sedang sibuk ber-selfie di dalam kelas dan masing-masing sambil memaparkan aksi lucu yang mencuit hati.

Tetapi bagaimana pula dengan kandungan cerita-cerita di dalam? Sudahkah anda bersedia untuk ketawa berdekah-dekah sehingga tidak mampu dikawal? Bersiap sedia dari segi mental dan emosi anda sebelum membuka kandungan komik ini kerana virus-virus ketawa akan disebarkan di saat para pembaca membelek muka surat pertama sehingga ke penghujung buku.

Bukan virus ketawa sahaja yang disebarkan, malah anda semua juga disediakan dengan sudut pendidikan yang menguji minda di setiap penghujung bab. Menarik bukan? Di samping kita ketawa terbahak-bahak dengan jenaka yang lucu, disertakan juga ruang untuk minda kita berfikir sejenak.

Ikutilah pelbagai kisah lawak Ahmad Saiful, Abu Jimi, Sunter, Ah Moi dan rakan-rakan di sekolah mereka.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024