Artikel

Infak Ramadan Jadi Tradisi PTS Kongsi Keceriaan Ramadan dan Syawal

oleh Roziyah pada 09 Aug 2011

Bagi menjalankan tangjungjawab sosial kepada masyarakat sekaligus meralisasikan matlamat utama PTS dalam usaha memandaikan bangsa, PTS sentiasa mengadakan program bersama mereka yang memerlukan.

Meneruskan tradisi setiap tahun di bulan Ramadan, PTS membawakan Program Infak Ramadan bagi memberi keceriaan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Syawal ini.

Melalui Program Infak Ramadan ini, PTS melibatkan semua kakitangannya dalam program amal yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini. PTS juga memperuntukan RM20 ribu serta buku-buku bagi diberikan kepada individu atau organisasi yang memerlukan.

“Semua kakitangan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang bernaung di bawah Kelab Sukan dan Rekreasi PTS. Kumpulan yang bernaung di bawah kelab ini adalah Uthman, Alexender, Hamzah dan Cheng Ho.

Setiap rumah sukan diperuntukan dengan sejumlah wang dan buku bagi diagihkan kepada individu atau organisasi yang memerlukan. Setiap ahli rumah sukan akan menentukan jenis bantuan yang ingin diberikan tidak kira sama ada memberi barang keperluan Ramadan dan Syawal atau terus memberi wang bagi digunakan oleh organisasi atau individu yang dipilih ” jelas Presiden Kelab Rekreasi PTS, Tuan Azzyzul kepada wakil media PTS.

Antara organisasi yang dipilih termasuklah madrasah, pusat tahfiz, rumah anak yatim, serta individu yang memerlukan.

Program Infak Ramadan ini dijalankan bagi memberi peluang kepada semua kakitangan PTS sama-sama melihat dan merasai kehidupan mereka yang memerlukan.

Selain itu, PTS juga menyediakan majlis berbuka puasa bersama saudara baru. Majlis berbuka puasa yang diadakan setiap tahun ini diadakan bagi menyokong saudara-saudara kita yang baru memeluk agama Islam.

Program kebajikan yang dianjurkan PTS ini diharapkan dapat menjadi landasan terbaik kepada semua kakitangan PTS membantu mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Syawal ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024