Artikel

Info-info Menarik Tentang Otak Kita: Be An Absolute Genius

oleh Noor Hidaya Arshad pada 05 Feb 2015

‘Sesiapa sahaja yang berhenti belajar, dia sudah tua. Tidak kira sama ada dia berusia 20 tahun ataupun 80 tahun. Individu yang terus belajar akan kekal muda. Perkara yang hebat dalam hidup adalah memastikan minda kita sentiasa muda.’ -Tony Buzan-

Setiap orang mampu menjadi genius. Asalkan penggunaan otaknya digunakan dengan optimum. Bahkan, sambil membaca buku ini juga otak kita akan ligat beroperasi. Seperti kata-kata hikmah ini, air yang bertakung lama akan rosak tetapi air yang mengalir banyak gunanya.

Buku ini boleh dianggap manual paling lengkap untuk seseorang meneroka minda mereka bagi mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan. Ia seperti seorang pakar hipnosis yang menyuruh pembaca mencapai terus mana-mana buku untuk diproses ilmunya.

Penulis yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan minda ini, berjaya menimbulkan rasa ingin belajar dengan menghidangkan teknik dan aplikasi yang praktikal dan sangat mudah difahami.

Jika benar-benar mahu jadi genius, naskhah ini memang tersedia untuk anda. Ia bukan sahaja untuk para pelajar, malah untuk para pengajar, ibu bapa, dan individu yang inginkan keremajaan minda.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024