Artikel

Indahnya Wanita di Sisi Pandangan Islam: Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga

oleh Noor Hidaya Arshad pada 04 Feb 2015

Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Jikalau seorang wanita solat lima waktu, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya pasti dia masuk syurga dari mana sahaja pintu yang dikehendakinya.’

Siapa yang tidak mahu masuk ke syurga? Keindahan dan kesenangan di dalamnya memang didambakan. Melalui buku ini, pembaca menerokai perkara-perkara yang akan mendekatkan diri dengan Allah Taala seterusnya diberikan syurga.

Berbekalkan ilmu yang terkandung di dalamnya, kita dapat mempersiapkan diri bagi melakukan segala amalan baik dan menghalangi diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan tiket masuk kita ke syurga.

Tambahan lagi, setiap huraian topik diperkukuhkan dengan nas-nas Al-Quran dan hadith yang sahih.

Keterujaan untuk mendapatkan syurga dijana pada awal bicara buku ini. Ini menjadikan fokus lebih tertumpu pada langkah-langkah yang menyebabkan kita ke sana.

Melihat pada keadaan dunia yang memporak-perandakan hak wanita Islam, sebagai individu, naskhah ini perlu ada dalam senarai bahan bacaan. Ia juga amat sesuai dijadikan buku rujukan bagi ibu bapa yang sedang membesarkan anak perempuan mereka.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024