Artikel
Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Membawa Bayi Naik Pesawat
oleh Khairul Abdullah pada 29 Sep 2016
Ketika anda dan keluarga yang bersama anak kecil dipanggil untuk menaiki pesawat terlebih dahulu, biarkan pasangan atau anda sendiri sahaja yang naik awal bersama beg, stroller dan sebagainya bersama anak yang lebih besar (jika ada.)
Dah naik, siapkan tempat duduk, beritahu pramugari dan minta seatbelt khas bayi serta berikan botol susu kepada pramugari minta diisikan air suam dan buatkan susu.
Anda atau pasangan bersama bayi tunggu hingga menjadi orang yang terakhir menaiki pesawat.
Oleh yang demikian, bayi anda tidak akan merasa kurang selesa dan "overwhelmed" akibat melihat ramai orang yang sibuk mencari tempat duduk, menyimpan beg, bersembang dan sebagainya jika naik lebih awal.
Sewaktu menunggu untuk berlepas juga penghawa dingin di dalam pesawat kurang sejuk maka bayi boleh juga merasa kepanasan, tidak selesa dan kebarangkalian akan meragam.
MENARIK: Tips Travel ke Eropah dengan Bajet Serendah RM6000
Jika anda yang terakhir memasuki pesawat, maka bayi tidak lagi perlu menunggu lama untuk berlepas. Bila dah duduk, pakaikan seatbelt dan berikanlan susu kepada bayi yang telah disediakan oleh pasangan anda yang naik lebih awal tadi.
Nota Editor: Tuan Khairul Abdullah adalah penulis buku I'm Backpacker Europe terbitan Puteh Press. Beliau sudah menggembara di seluruh Eropah dan juga di beberapa negara Asia. Dapatkan buku beliau di Bookcafe dengan diskaun berganda sempena #MyCyberSale2016