Artikel

Inspirasi Agung Karya Dato’ A Samad Said - Khusus untuk Remaja

oleh Zikri Musa pada 05 Dec 2012

Siapa tidak kenal dengan Dato’ A. Samad Said? Sasterawan Negara yang banyak menghasilkan karya agung buat semua termasuk golongan remaja. Bagi mengisi masa lapang ketika cuti ini, apakata kawan-kawan mengambil masa membaca Siri Inspirasi Ikon oleh Dato’ A. Samad Said. Antara judul inspirasi ikon ialah Antara Kabus Ke Kabus dan juga Jalan Retak.

Antara Kabus Ke Kabus menggambarkan Fauzi seorang kanak-kanak yang bijak berasa khuatir dan resah semasa pendudukan Jepun. Perasaannya itu lebih mendesak apabila Ustaz Halim, seorang ustaz yang disayangi daripada madrasah di kampungnya ditangkap Jepun. Jadi, Fauzi dan orang kampung merancang melepaskan mereka. Apa kesudahannya?

Jalan Retak pula menceritakan tentang Raimah dan adiknya Rejab. Cuti sekolah adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh pelajar asrama, tetapi tidak bagi Raimah dan Rejab. Rumah tempat mereka pulang tidak lagi menanti dengan mesra. Ayah dan ibu tidak lagi sehaluan. Demi memadamkan resah dan gelisah, datuk mereka sanggup melakukan apa sahaja. Tetapi, sejauh manakah usaha datuknya dapat menyatukan kembali keluarga yang semakin meretak?

Jom kawan-kawan menyingkap warisan karya Sasterawan Negara ini sempena cuti sekolah! Dapatkan siri Inspirasi Ikon ini di kedai berhampiran sekarang. Kawan-kawan juga boleh layari www.bookcafe.com.my bagi pembelian online.

Jangan lupa juga mengambil gambar bersama buku PTS dan sertai zoom@PTS dan menangi hadiah-hadiah menarik. Hanya layari suka.pts.com.my!

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024