Artikel

iPad 2 dilancarkan 2 Mac ini?

oleh [email protected] pada 24 Feb 2011

Ini ada khabar baharu tentang iPad 2.

Desas-desus daripada peminat tegar dan fanatik Apple mengatakan komputer tablet generasi kedua yang terbaharu selepas iPad itu bakal diumumkan seawal-awalnya minggu hadapan. Setakat ini tidak ada lagi berita sahih mahupun pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak berwajib. Namun, bukti daripada sumber-sumber kukuh yang boleh dipercayai, sahih meramalkan iPad 2 akan diumumkan pada 2 Mac 2011.

Kepada sesiapa yang benar-benar ingin tahu perkembangan terkini dan sentiasa menantikan gajet berteknologi baru di pasaran, Apple dijangka akan membuat pembentangan rasminya minggu hadapan dengan beberapa kejutan. Pada hari yang akan ditetapkan kelak itu, iPad akan memperkenalkan versi terbaru iPad oleh Steve Jobs sendiri selaku Pengerusi dan CEO Apple. Tempat di mana ianya akan diperkenalkan sudah hampir pasti di San Francisco, Amerika Syarikat.

Setakat hari ini, masih tiada pengumuman rasmi tentang tarikh dan maklumat tersebut, baik daripada pihak Apple atau agensi-agensi berita rasmi yang lain.

Apple telah menjadi peneraju jualan komputer tablet sejak diperkenalkan kepada pasaran global pada Januari 2010 lalu. Tetapi gergasi teknologi pengkomputeran terbesar dunia itu menghadapi saingan hebat daripada pembikin-pembikin tablet komputer lain, terutama yang menampilkan sistem operasi Android Google. Antaranya adalah Samsung Galaxy Tab dan Motorola Xoom.

 

FM: Kalau ada rezeki Tuhan, penulis juga mahu satu untuk harijadinya akan datang!  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025