Artikel
Temui PTS di Karnival Buku Kedah
oleh Roziyah pada 24 Feb 2011
Peminat buku PTS berpeluang mendapatkan buku-buku menarik dan terkini terbitan PTS melalui karnival buku kedah pada sabtu ini.
Selain mendapatkan buku menarik, tuan dan puan juga berkesempatan bertemu dengan penulis buku Emilda Catatan Seorang Perindu dan Kem Timur melalui aktiviti ini.
Puan Syalina Ahmad yang juga merupakan penyampai dan penerbit bersama rancangan Simple English di MutiaraFM, Pulau Pinang juga akan mengadakan aktiviti menarik bagi memeriahkan Karnival Buku Kedah yang julung-julung kali diadakan ini.
Pengunjung dapat menyertai aktiviti Bicara Buku, Mari Bercerita dan Kuiz dalam program tersebut.
Jangan ketinggalan mengunjungi Karnival Buku Kedah yang diadakan di Dewan Putra, Kulim ini pada 26 Februari 2011 ini bagi mendapatkan buku-buku menarik dan istimewa daripada PTS.