Artikel

iPad Cabutan Bertuah PTS Menemui Tuannya.

oleh Roziyah pada 29 Apr 2011

Hadiah utama cabutan bertuah@PTS kini sudah menemui tuannya. iPad yang menjadi igauan pengunjung booth PTS sebentar tadi dimiliki oleh seorang peminat buku PTS.

Tuan Abu Ubaidah, 20 tahun kini mampu tersenyum lebar apabila beliau membawa pulang sebuah iPad melalui cabutan bertuah PTS yang diadakan semenjak hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) berlangsung.

Belaiu melahirkan rasa terkejut dan tidak percayanya apabila dapat memengang sendiri iPad daripada PTS.

"Sebelum ini ramai kawan-kawan saya yang mencuba cabutan bertuah di PTS tetapi semuanya tidak berjaya. Saya tidak menyangka saya yang memegang iPad ini hari ini.

Bagi Tuan Abu Ubaidah, cabutan bertuah yang diadakan oleh PTS ini sememangnya berkesan dan dapat menarik minat pengunjung untuk datang ke booth PTS sekaligus mendapatkan buku-buku terbitan PTS.

"Saya doakan agar Puan Ainon dan PTS akan terus maju dan menjadi penerbit buku yang tersohor di Malaysia bagi menghasilkan buku-buku yang terbaik dan berkualiti," ujar beliau dalam nada gembira.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025