Artikel

Hari Kesembilan PBAKL 2011: Aktiviti Menarik Sepanjang Hari

oleh Roziyah pada 30 Apr 2011

Menjelang hari kedua terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2011, PTS menyediakan aktiviti menarik bersama penulis-penulis hebat PTS.

Bermula jam 2 petang ini, PTS mengadakan perasmian buku 50 Tip Motivasi Haji & Travelog Impian Abadi kepada semua pengunjung dan peminat buku PTS di bilik seminar Johor, PWTC.

Bagi peminat-peminat PTS One, tuan dan puan dapat bertemu penulis-penulis kegemaran dengan aktiviti bicara buku dan sesi tandatangan bersama karyawan PTS One pada jam 2 petang.

Selain itu, PTS One juga akan menampilkan promosi buku untuk Si Gadis. Melalui promosi ini PTS One juga mengadakan demo solekan & fesyen tudung kepada adik-adik cilik pada jam 3 petang ini.

Dr. Danial Zainal Abidin sekali lagi datang ke booth PTS bagi berbicara perihal buku Soal Jawab Dr. Danial pada jam 4 petang ini. Tuan dan puan yang terlepas peluang bersama-sama Dr. Danial sebelum ini dapat beramah mesra dan berbicara secara langsung dengan personaliti hebat ini.

Jangan ketinggalan menyertai PTS di hari-hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang berbaki tinggal 2 hari sahaja lagi ini.
Dapatkan juga buku-buku menarik dan best-seller yang panas di PBAKL 2011 dengan diskaun menarik yang ditawarkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025