Artikel
Jadi ulat buku kerana PTS
oleh Helmi pada 11 Sep 2006
Assalamu’alaikum…
Saya pelajar Tingkatan3 dari Sekolah Menengah Hillcrest,Taman Seri Gombak,Batu Caves,Selangor.
Buku terbitan PTS mula mendapat perhatian rakan2 saya di sekolah ini bermula sejak kawan saya mewakili pakciknya menjual buku bertajuk “mengurus diri dan masa”.
Selepas itu,ramai yang terjumpa judul2 lain dan semakin tertarik.Tambahan pula,apabila kakak saya menghadiahkan saya buku,“Kamceng Solat” semasa ulang tahun kelahiran saya.
Antara yang saya puas hati dengan keluaran PTS ini:
-ilustrasi
-bahasa yg menghiburkan
-hujah2 yang boleh membuat kita berfikir
-simple english
-saiz buku
-Pengisian buku yang sesuai dengan jiwa dan kehidupan remaja zaman sekarang
Saya cadangkan agar:
-promosi lebih besar diadakan
-harga direndahkan sedikit
-Ilustrasi yang lebih memikat
Saya harap semoga PTS terus sukses dan menyediakan bahan bacaan yang bermutu kepada remaja zaman sekarang.
Kerana remaja hari ini perlu banyak membaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
Ini termasuk buku berjudul “Cerita2 Motivasi utk Pemimpin” yang menjadi buah hati saya sekarang sehingga saya boleh menghafal cerita2 nya.Lagipun cerita2 ini kena dengan pelajaran agama saya di sekolah.
Dan satu lagi,buku2 keluaran PTS ini hebat bila dijadikan koleksi dan hadiah sempena ulang tahun rakan2.
sekian.
p/s:terima kasih kerana dengan bahan2 bacaan PTS , saya sudah menjadi seorang “ulat buku”...Dan sekurang-kurangnya sekarang ni, dengan wang simpanan ,saya sudah tahu apa yg saya perlu beli.
Deela
Selangor
JAWAPAN DARI PTS
Assalamualaikum, Cik Deela,
Terima kasih kerana membeli dan membaca buku-buku PTS.
Saya Puan Ainon Mohd., Pengerusi syarikat PTS. Surat Cik Deela amat saya hargai sebab ia memberi maklumat berkenaan apa yang remaja cari dalam buku-buku PTS, dan ada disertakan cadangan pula bagaimana PTS dapat memperbaiki lagi buku-buku kami.
Saya dan pegawai-pegawai PTS amat berterima kasih kepada Cik Deela kerana mengambil masa menulis surat kepada kami. Cadangan Cik Deela itu kami ambil berat. Insya Allah kami akan lakukannya.
Sekali lagi terima kasih.