Artikel

Jalinkan Kemesraan Dalam Persahabatan: Sejak Bila Kami…?

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 23 Jan 2014

Sejak Bila Kami…? merupakan sebuah novel kanak-kanak yang memaparkan tema persahabatan, kekeluargaan dan pergaduhan antara sekumpulan remaja cilik.

Rayyan dan Naznin antara individu yang boleh dianggap sebagai kucing dan anjing apabila berjumpa.

Pasti ada sahaja isu yang boleh dijadikan pergaduhan dan tidak kena di mata masing-masing. Rakan-rakan  dan individu di sekelilingnya juga pening memikirkan karenah mereka.

Buku Sejak Bila Kami…? menampilkan himpunan tiga kisah dalam sebuah buku iaitu Sejak Bila Kami Berkawan?, Sejak Bila Kami Sepakat?, dan Sejak Bila Kami Serumah?.

Ketiga-tiga kisah ini memaparkan adegan dan lagak tidak sebulu tersendiri yang tercetus antara Rayyan dan Naznin.

Kisah pergaduhan dan perasaan tidak puas hati makin berlarutan apabila mereka disahkan sebagai adik-beradik tiri dan terpaksa tinggal serumah.

Keadaan ini semakin menimbulkan ketidakpuasan dalam diri masing-masing. Malah, pelbagai kisah lucu dan mencuit hati yang berlaku sepanjang mereka mula tinggal sebumbung.

Adakah Rayyan dan Naznin dapat didamaikan setelah tinggal serumah? Adakah mereka terus bermusuhan dan saling tidak berpuas hati?

Bagi mengetahui kisah perdamaian mereka, dapatkan segera buku himpunan kisah Sejak Bila Kami…? di pasaran.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024